Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Rumah Ronaldo Dimasuki Perompak. Beberapa Bintang Bola Sepak Lain Jadi Sasaran?

today9 October 2020

Background

Mungkin semakin kita dikenali, semakin kita mudah menjadi sasaran perompak. Bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo juga tidak terlepas apabila rumahnya dimasuki perompak dan didapati beberapa barang peribadinya hilang.

Kejadian rompakan tersebut dilaporkan berlaku di kediaman mewah milik penyerang Juventus yang dikatakan bernilai £7 juta (RM37.6 juta). Kalau ada yang teringin nak melawat dan melihat sendiri bagaimana rupa rumah pemain terbaik dunia yang mewah ini, bolehlah ke kepulauan Madeira di Portugal.

Menurut laporan, Ronaldo tiada di rumahnya semasa rompakan berlaku kerana ada tugasan bersama skuad kebangsaan Portugal. Manakala teman wanitanya, Georgina Rodriguez juga berada di Paris menghadiri minggu fesyen. Perompak itu pula dikatakan memasuki rumah selepas beberapa kakitangan Ronaldo membuka pintu garaj.

Antara barang yang dicuri adalah jersi Juventus yang mempunyai tandatangan Ronaldo. Nampaknya perompak ini seperti tahu apa yang perlu dicuri semasa memecah masuk ke rumah Ronaldo. Selain itu, pihak polis juga mengatakan perompak sudah dikenal pasti menerusi rakaman kamera CCTV dan dikatakan merupakan orang yang mereka kenali. Belum ada sebarang tangkapan setakat ini namun pihak polis kini sedang memburu suspek tersebut.

Rumah Gerard Pique dan bekas pemain depan Chelsea, Alvaro Morata, adalah antara pemain bola sepak terkemuka lain yang menjadi sasaran pencuri. Mungkin barang-barang peribadi pemain bola sepak dunia menjadi sasaran kerana mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Spectator Sukan – Tugas Sebenar FA Dalam Pasukan Bola Sepak Malaysia

Mutu Pengadilan Tarmizi Disiasat FAM

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Dua debaran Aidil | Harian Metro

Alor Setar: Dua debaran kini dinantikan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam usaha memastikan pasukannya terus menjadi antara pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini dan seterusnya di masa depan. Selain menghadapi ujian penting aksi penentuan tempat kedua Liga Super menentang Perak, Ahad ini bagi melayakkan diri ke Piala AFC musim depan, Aidil juga kini sedang berdebar dalam membuat perhitungan mengenai lanjutan kontraknya bersama Kedah untuk […]

today9 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *