Episod Spectator Sukan kali ini masih lagi dalam spektrum perbincangan berkaitan pandemik wabak COVID-19 dan kesannya terhadap industri sukan. Bukan mudah buat industri sukan untuk menghadapi kesan daripada penularan COVID-19 ini sehingga menyebabkan ramai juga atlet-atlet dunia yang didapati positif. Baru-baru ini, Valentino Rossi disahkan positif virus tersebut. Dia yang merupakan juara dunia kelas MotoGP sebanyak tujuh kali menyatakan sangat kecewa dengan berita itu kerana sudah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
— Valentino Rossi (@ValeYellow46) October 15, 2020
Itulah risiko atlet-atlet di seluruh dunia walaupun sudah menitikberatkan langkah keselamatan, namun masih lagi tidak terlepas daripada menjadi mangsa virus COVID-19. Bagaimanapun, dalam arena bola sepak pula, pemain paling popular dunia iaitu Cristiano Ronaldo juga disahkan positif COVID-19. Menurut laporan, Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora menyatakan bahawa Ronaldo telah melanggar protokol keselamatan dengan terbang ke Portugal untuk tugasan antarabangsa. Tetapi Presiden Juventus, Andrea Agnelli membantah tuduhan daripada Spadafora dengan menegaskan sekali lagi, Ronaldo telah mengikuti segala prosedur kesihatan yang ditetapkan. Apa-apa pun, laporan juga menyatakan perkara tersebut masih lagi dalam siasatan.
Pengusaha Pusat Sukan Gulung Tikar…
Selain para atlet dan juga pegawai-pegawai dalam industri sukan yang berdepan dengan risiko dijangkiti, pengusaha pusat sukan juga tidak terlepas daripada menerima kesan yang teruk akibat pandemik ini. Ada yang terjejas teruk dan terpaksa menutup pusat sukan yang telah dijalankan sekian lama. Waktu operasi yang terhad sememangnya menyukarkan operasi mereka yang mana semakin kurang orang yang datang ke situ. Ditambah juga dengan kebimbangan orang ramai terhadap virus COVID-19, maka semakin suramlah pusat-pusat sukan yang ada.

Dalam satu temubual bersama salah satu pemilik pusat sukan yang terjejas di Shah Alam, beliau menyatakan keputusan untuk menutup pusat sukan tersebut bukan lah dibuat dalam masa 24 jam. Ianya adalah kesan daripada berbulan-bulan kemerosotan kunjungan orang ramai akibat wabak COVID-19. Buat mereka yang aktif bersukan juga, ia menjadi satu berita sedih kerana hilang satu tempat beriadah. Menurut pengusaha pusat sukan tersebut, perbelanjaan bagi sebuah pusat sukan adalah tinggi, dan moratorium tidak menjamin dapat membantu menyelamatkan perniagaan tersebut.
Apa yang lagi menyedihkan adalah berita penutupan pusat sukan itu yang terpaksa disampaikan kepada para pekerja, terutamanya mereka yang berdedikasi. Ini lah kesan yang boleh dilihat sekarang kepada pengusaha pusat sukan yang bukan sahaja memberi impak kepada pemilik, malah kepada pekerja-pekerjanya sekali.
Bekas Juara Tinju Dikecam Tayang Kemewahan
Dalam isu arena sukan lain, yang mana ia masih berkait dengan pandemik COVID-19 adalah berkenaan dengan Amir Khan, iaitu seorang bekas juara tinju light-welterweight, yang dikritik ramai selepas memuat naik foto jam tangan mewah di media sosial. Ramai warganet yang menyatakan Amir Khan seolah-olah tidak mempunyai empati terhadap keadaan dunia sekarang yang dilanda badai COVID-19 sehingga memberi kesan kepada mata pencarian ramai orang.
View this post on Instagram
Not everyday I treat myself ?. Just picked up my @richardmille #RM32 #watches #RM
Ada juga yang melabelkannya sebagai bersikap ‘murahan’. “Berjuta orang kehilangan kerja dan ada yang mati kelaparan. Inilah selebriti yang suka menayang harta kekayaan,” antara apa yang ditulis warganet di sosial media.
Pemandu Jelita Maut Ketika Perlumbaan Kereta
Dalam perkembangan lain, satu tragedi menimpa seorang pelumba wanita dari Sepanyol, iaitu Laura Salvo yang meninggal dunia dalam satu nahas semasa perlumbaan. Pelumba berusia 21 tahun itu mengalami kemalangan menerusi perlumbaan rally di Portugal pada Sabtu lalu. Dia yang berada di kerusi penumpang, menjadi pemandu kedua kepada Miguel Socias sebelum mereka bertembung dengan sebuah kereta lain. Menurut laporan, Laura meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan dihantar ke lokasi perlumbaan.

Laura Salvo cukup dikenali sebagai bintang berbakat besar dan pernah menjuarai Rally del Bierzo pada awal tahun ini. Takziah buat keluarga Laura.
Itulah antara perbincangan dalam Spectator Sukan minggu ini. Tentunya lebih banyak lagi perbincangan menarik untuk minggu-minggu akan datang. Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tu, bolehlah dengarkan ulangannya di Catch-Up Kool, di laman sesawang Kool FM.
Baca juga artikel mengenai sukan yang lain:
Rossi Kecewa Positif COVID-19 Selepas Sehabis Baik Ikut Protokol
Spectator Sukan – Rombakan Piala Malaysia Dalam Menghadapi Wabak COVID-19
Post comments (0)