Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Spectator Sukan – Apa Risiko Sebenar Jangkitan COVID-19 Terhadap Orang Yang Bersukan?

today16 November 2020

Background

Juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh melupakan hasrat untuk beraksi pada pusingan zon timur Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) dari 18 November hingga 13 Disember depan di Doha, Qatar apabila kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Itulah berita yang mengejutkan buat skuad Harimau Selatan yang sudah layak secara automatik untuk beraksi di ACL.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Namun untuk melihat rasional di sebalik keputusan yang diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia adalah kerana jumlah individu yang akan berangkat ke Qatar adalah ramai. Ianya berbeza dengan kebenaran individu seorang ataupun dua yang terpaksa terbang ke luar negara atas urusan kerja. Bagi pasukan bola sepak, dalam skala 40 ke 50 orang memang tak lari untuk diterbangkan ke sana.

Sementara itu, perbincangan dalam Spectator Sukan minggu ini juga ada mendapatkan pendapat serta penjelasan daripada Pakar Penyakit Berjangkit dan Perubatan Dalaman UiTM Private Specialist Center (UPSC), Dr Mohd Yazli Yuhana berhubung perkara ini. Adakah bersukan ini mempunyai risiko yang nyata dalam penyebaran wabak COVID-19?

Fahami Cara COVID-19 Merebak

Menurut Yazli, perkara pertama sebelum membuat langkah pencegahan adalah untuk memahami terlebih dahulu bagaimana COVID-19 ini merebak. Seperti semua sedia tahu, virus COVID-19 merebak melalui cecair daripada kerongkong atau saluran pernafasan. Menurutnya lagi, katakan jika kita bermain apa-apa jenis sukan yang tidak melibatkan saluran pernafasan, maka risikonya rendah.

Namun sekiranya kita bersukan melibatkan ramai orang, maka risiko jangkitan itu ada. Tambahan lagi bagi sukan bola sepak yang kebiasaannya melibatkan para penyokong yang duduk beramai-ramai di stadium, maka jelas risiko jangkitan adalah tinggi.

Bagaimanapun, risiko untuk pemain bola sepak berbeza kerana kebanyakkan masa sememangnya melibatkan kontak secara fizikal. Selain itu, peluh yang dikeluarkan juga dikatakan tidak membawa kepada jangkitan kerana virus tidak dikeluarkan dan disebarkan secara berpeluh. Cuma apa yang dirisaukan, walaupun tidak melibatkan kotak secara fizikal dalam tempoh yang lama, ianya berlaku secara kerap. 

Jadi sememangnya tak boleh untuk samakan risiko bersukan ni dengan risiko mereka yang duduk di kedai makan atau di bilik mesyuarat. Selain itu, Yazli juga menyatakan setakat ini tidak ada lagi kajian atau bukti yang mengatakan bermain bola sepak lebih mudah dijangkiti COVID-19.

Sebenarnya Masih Boleh Bersukan

Yazli juga turut menekankan pembiakan COVID-19 ini adalah apabila ia mempunyai rantaian kedua. Maknanya, jika anda bersukan seorang diri, memang dijamin anda tidak akan dijangkiti wabak ini. Tetapi sukan seperti bola sepak, sukar untuk benar-benar memastikan semua yang terlibat di atas padang itu benar-benar bebas COVID-19. Oleh sebab itu, risikonya ada sekiranya kerajaan membenarkan JDT terbang ke Qatar untuk beraksi di ACL.

Cara terbaik untuk terus bersukan adalah dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti penjarakan sosial kerana ianya terbukti berkesan. Buat masa ini, semua kena terima hakikat bahawa COVID-19 sudah berada dalam komuniti dan semua sektor terkena tempiasnya. Yazli berkata, ini adalah tanggungjawab semua orang sebab kalau nak tunggu vaksin COVID-19 pun mungkin lambat lagi dan memerlukan kos tertentu.

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Sabah Terpaksa Diketepikan, Hanya 15 Pasukan Bertanding Piala Malaysia.

Spectator Sukan – Laluan Menjadi Jurulatih Dan Cabaran ‘Life After Football’

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Bapa Menangis Teruk Bila Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Selepas 6 Tahun Bersama

Kucing itu dikatakan mati selepas dilanggar kereta oleh ahli keluarganya sendiri secara tidak sengaja. Tapi, yang paling terkesan dengan kejadian ini adalah si ayah.Menerusi video tersebut, si ayah dilihat memegang jasad 'Milo' yang sudah tidak bernyawa itu dengan penuh erat sambil menangis teresak-esak.Lelaki itu kemudiannya membawa haiwan tersebut untuk ditanam di halaman rumah mereka.Sepanjang tempoh hidupnya 'Milo' merupakan haiwan peliharaan yang mampu memberi senyuman dan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today16 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *