Site icon Kool FM

‘Kopi Creator Kolektif’ 2026, Platform Sokong Bakat Kreatif Tempatan

‘Kopi Creator Kolektif’ 2026, Platform Sokong Bakat Kreatif Tempatan


Sempena World Creativity and Innovation Day, Starbucks Malaysia mengumumkan barisan Kopi Creator Kolektif (KCK) Class of 2026, menampilkan 10 bakat kreatif tempatan terdiri daripada lima pemuzik dan lima pembikin filem.

Menariknya, kesemua finalis ini akan mempersembahkan karya original mereka dalam satu showcase khas pada 16 Mei 2026 di Starbucks Reserve® IOI Mall Damansara.

Kopi Creator Kolektif merupakan platform yang diwujudkan oleh Starbucks Malaysia untuk menyokong bakat muda tempatan dengan menghubungkan mereka bersama mentor industri dan komuniti kreatif.

Program ini berteraskan konsep “Third Place” Starbucks iaitu ruang yang bukan sekadar untuk minum kopi, tetapi tempat untuk berhubung, berkongsi idea dan mencipta sesuatu yang baharu.

Menurut Pengarah Pemasaran & Loyalty, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd, Zakiah Hanim Md Zaki, ruang seperti ini memainkan peranan penting dalam membina komuniti kreatif.

Beliau menyatakan bahawa Starbucks melihat coffeehouse

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version