PETALING JAYA – Penyertaan KWC Fashion Wholesale (KWC) dalam acara Keretapi Sarong 2025 pada hujung minggu lalu telah mengukuhkan imej sebagai pusat borong fesyen Muslimah terbesar di Malaysia.
Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC Fashion Wholesale Wendy Lam berkata, penyertaan itu juga sekali gus meletakkan KWC sebagai lokasi untuk memborong fesyen Muslimah yang lengkap, moden dan versatil.
Ini kerana katanya, pada tahun ini Stesen LRT Hang Tuah, yang terletak bersebelahan dengan kompleks membeli-belah KWC diangkat sebagai salah satu stesen utama bagi acara terbabit.
“Sekali gus meletakkan KWC sebagai lokasi strategik dan penting dalam meraikan sambutan penuh warna-warni itu.
“KWC juga amat berbesar hati menyertai Keretapi Sarong tahun ini. Sebagai destinasi fesyen borong utama, kami menyokong acara yang meraikan kebanggaan budaya dan ekspresi gaya,”katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Wendy berkata, KWC menempatkan lebih 800 kedai di bawah satu bumbung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: