PETALING JAYA – Hartalega Holdings Berhad (Hartalega), pengeluar sarung tangan nitril bermutu tinggi yang terkemuka di dunia, melancarkan Pengalaman Hartalega Generasi Akan Datang (NGX) perkhidmatan baharu yang melibatkan lawatan secara maya 360 darjah di kilang milik syarikat.
NGX dibangunkan untuk membolehkan pelanggan dan rakan niaga di seluruh dunia melihat secara dekat proses pengeluaran dan operasi bertaraf dunia di Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC), serta rangkaian produk inovatif Kumpulan bagi pengguna global.
Platform digital ini dicipta dengan kerjasama Accenture, sebuah syarikat perkhidmatan profesional global, untuk mewujudkan pengalaman unik dan peribadi bagi pelanggan Hartalega dan membolehkan proses pembelian pelanggan dengan lebih cekap.
Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, platform ini menjadi titik perhubungan tunggal pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, membawakan kilang canggih Hartalega yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: