Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Maaf Tak Dapat Besarkan Atas Sebab…” – Tinggalkan Anak Dalam Kotak

today26 October 2020

Background

Baru-baru ini, penduduk Kampung Sungai Kajang Baru terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak berserta sekeping nota tulisan tangan ditemui di pintu pagar utama Surau Nurul Huda.

Kotak tersebut ditemui oleh Ketua guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim pada jam 7.15 pagi ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.

Sumber: harianmetro

Menurutnya, bayi tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak dan dilengkapi lampin pakai buang, bedak serta tisu basah. Turut ditemui, nota tulisan tangan yang memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi selain berterima kasih kepada individu yang sanggup membesarkannya.

Surat tersebut berbunyi…

Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang sanggup membesarkan dia, kami sangat-sangat berterima kasih,”

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan. Tiba di lokasi, saya perasan ada kotak ditutup dengan kain biru di pintu pagar utama surau dan menyangka ada orang buang anak kucing. Saya ambil keputusan untuk menyelak kain dan terkejut melihat bayi di dalamnya,” jelasnya.

Berikutan itu, penduduk kampung mendakwa kemungkinan bayi itu ditinggalkan selepas selesai waktu Subuh memandangkan beberapa jemaah yang dibenarkan ke surau tidak perasan kotak berada di situ.

Sumber: twitter

Beliau berkata, kejadian pertama di kampung berkenaan dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang meninggalkan bayi itu begitu sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu dan akan menyiasat lanjut berkaitannya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

Letak Nama Unik Pada Anak Demi Wifi Percuma Selama 18 Tahun

 

 

 

 

Sumber: BH

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Aryna julang trofi Terbuka Ostrava

Prague: Pilihan ketiga, Aryna Sabalenka dari Belarus muncul juara Terbuka Ostrava selepas mengalahkan rakan senegara, Victoria Azarenka straight set. Aryna yang juga pemain ke-12 dunia mengambil masa satu jam lapan minit bagi mengatasi lawannya, 6-2, 6-2. Ia adalah kejuaraan kedua Aryna tahun ini selepas muncul juara di Terbuka Qatar Februari lalu sebelum pandemik Covid-19 mengganggu kalendar tenis dunia. Ini juga adalah kali pertama pertemuan antara dua pemain dari Belarus di […]

today26 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *