Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Main Mercun Dalam PPR Sampai Lewat Pagi Dan Baling Ke Arah Polis, Dua Remaja Ditahan

today14 November 2023

Background


Semalam tular beberapa video di media sosial yang memperlihatkan seseorang individu bermain mercun berdekatan flat sehingga mengganggu ketenteraman. Lebih membahayakan lagi apabila percikan api daripada mercun itu tempias ke laluan koridor di kawasan rumah.

Memetik Kosmo!, tindakan dua orang lelaki membakar mercun pada lewat pagi mengundang padah apabila ditahan polis di kawasan perumahan PPR Lembah Subang, Kelana Jaya pada hari semalam.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama dua buah unit kereta peronda (MPV).

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati lebih 50 orang penduduk di perumahan tersebut berkumpul menunjukkan perasaan takut serta marah akibat bunyi mercun yang berterusan dilakukan sekumpulan individu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post