Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

“Maream Is Still Gadget Free”- Habiskan Masa Dengan Buku, Ramai Teruja Cara Farah Lee Didik Anak

today17 November 2022

Background
farah lee


Siapa sahaja yang tidak suka dengan gelagat comel Maream Esabel yang merupakan anak kepada selebriti sosial media Farah Lee. Seringkali melihat perkembangan terkini Farah Lee yang kerap merantau, ramai yang seronok juga melihat anaknya yang tidak ketagih dengan gajet seperti kanak-kanak seusia yang lain.

Ramai dalam kalangan warganet turut bertanyakan tips kepada Farah tentang bagaimana untuk menjadikan anak-anak tidak ketagih dengan gajet.

Baca juga: Farah Lee Kongsi 7 Tips Ajar Anak Hafaz Surah Dalam Al-Quran Sejak Kecil

“MAREAM IS STILL GADGET-FREE”

Maream yang kini berusia lapan tahun dilihat sering menghabiskan masa dengan membaca buku, melukis dan mewarna walaupun ketika berada di luar rumah. Ada juga video dan gambar memaparkan Maream sempat lagi menghabiskan masa dengan melukis ketika menunggu keretapi apabila ‘travel’ di luar negara.

Maream is still gadget free so tu pasal dia sentiasa carry her bag sebab dalam tu ada notebook, reading book, stationeries…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post