Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Anjur Program Mosque Open Day

today16 December 2025

Background

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bakal membuka pintunya kepada orang ramai menerusi program Mosque Open Day 2025 pada 20 Disember 2025, dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini terbuka kepada semua, termasuk Muslim dan bukan Muslim, sebagai platform untuk meneroka, belajar dan berhubung dengan salah satu mercu tanda Islam paling ikonik di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang hari, antaranya perkongsian dan ceramah, pameran Islam, serta pertandingan mewarna dan meneroka.

Lebih menarik, cabutan bertuah dengan hadiah istimewa termasuk pakej umrah dan pakej pelancongan Muslim ke Indonesia turut ditawarkan. Program ini dianjurkan melalui kolaborasi strategik pelbagai pihak sebagai usaha mempromosikan pelancongan masjid dan memperkenalkan keindahan serta fungsi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kepada masyarakat umum.

 

Written by: Ainaa


Previous post