Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Mereka Tunggang Agama, Duit Masuk Akaun Chairman’

today11 January 2026

Background
'Mereka Tunggang Agama, Duit Masuk Akaun Chairman' - 3 NGO Popular Kini Dalam Radar SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang memantau sekurang-kurangnya tiga NGO popular yang dikesan menyalahgunakan wang derma orang ramai untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan bahawa pertubuhan-pertubuhan ini disyaki mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil daripada kutipan dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan.

Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang tergamak mengambil kesempatan atas ihsan rakyat demi memiliki ‘harta haram’.

Setakat ini, pihak SPRM telah pun menjalankan risikan serta siasatan mendalam dan bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana NGO yang mengkhianati amanah penderma.

“Dalam masa terdekat, akan ada lagi pertubuhan (NGO) yang bakal diambil tindakan mahkamah (oleh SPRM).

“Mereka masih ‘menunggang’ agama, mengutip duit berjuta-juta (tetapi wang) masuk ke dalam akaun peribadi chairman (pengerusi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Indonesia sekat sementara akses Grok

Jakarta: Indonesia menyekat sementara akses kepada Grok berikutan kebimbangan bahawa kandungan pornografi dan “deepfake” yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 January 2026