PETALING JAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bakal merombak dan menjenamakan semula inisiatif MSC Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, MSC yang baharu dan ditambah baik itu bakal berusaha mempercepatkan penyertaan semua pihak dalam ekonomi digital.
Jelasnya, pada masa sama, ia dapat menangani kebimbangan mengenai jurang digital yang semakin meluas dengan menyediakan akses yang saksama kepada peralatan, pengetahuan dan peluang pendapatan digital, sekali gus meningkatkan nilai cadangan Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan digital.
“MSC Malaysia telah menjadi asas dan pemangkin kepada ekonomi digital dan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2020 dalam tempoh hanya 25 Tahun.
“Persekitaran ekonomi digital yang berubah dengan pantas masa kini memerlukan MSC diset semula agar kekal relevan dan bersedia untuk melonjakkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: