
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa berkongsi tentang pengalamannya sepanjang bergelar anak seni.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Lelaki Itu Sama, Jangan Takut Berkahwin’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk & Tidak Beradab Itu Dari Saya’ – Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Isu Hantaran Kaunter Kosong Di Klinik Kesihatan
Luahan Nadzmi


Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama penuh Nadzmi Adhwa Nor Adzmi itu berkata, dia tidak mempunyai peluang yang cerah dalam bidang lakonan dan pengacaraan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.
11 tahun dalam industri seni. Minat mendalam dalam bidang seni, ambil kelas lakonan dan macam-macam saya buat untuk belajar.
Tapi bukan rezeki.
Ada yang cakap saya dah tak relavan berlakon atau mengacara.
Saat-saat akhir nama kena tolak bulat-bulat.
Bagaimanapun, suami kepada aktres Ardell Aryana itu tetap optimis dan yakin hikmah di sebaliknya terutama selepas bergelar sukarelawan dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Mungkin inilah hikmah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: