
Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil memberikan penjelasan berhubung isu bantuan dari Malaysia yang lebih pantas daripada kerajaan Indonesia sendiri.
Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia.
Baca Juga:
Sebaliknya ia datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu, petik Sinar Harian.
“Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.
Menurut beliau, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000.
Nilai tersebut dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan Indonesia yang melibatkan peruntukan bernilai berbilion rupiah, mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: