Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Northport iktiraf pekerja cemerlang – Kosmo Digital

today21 December 2022

Background


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah menganjurkan Hari Ke­selamatan Northport 2022 khusus buat kakitangan dan pengguna pelabuhannya bertujuan memberi penekanan tentang pentingnya mengutamakan amalan kerja yang selamat dan sihat.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk sesi pen­yampaian anugerah Best Safety Performer kepada kakitangan cemerlang atas komitmen, contoh teladan dan aspek keselamatan serta kesihatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, program tersebut mencerminkan usaha berterusan kumpulan untuk memupuk kesedaran berhubung kepentingan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan kakitangan.

“Program itu juga memberi peluang kepada mereka yang ber­prestasi cemerlang untuk berkongsi detik membanggakan bersama ahli keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang Hari Ke­selamatan Northport 2022 yang merangkumi pemeriksaan kesihatan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post