Anak kepada pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla tidak dapat menahan rasa sebak apabila kek batik yang dijualnya mendapat kritikan daripada segelintir warganet.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Dilema Hayla Sibuk Dengan Kek Batik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Hadiahkan ‘Chiller’ Kepada Haura, Sokong Minat Anak Jadi ‘Baker’
‘Jangan menangis…’

Menerusi muat naik di Instagram Wawa, pemilik nama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa meluahkan rasa sedih dan bingung apabila terdapat pembeli yang memberi rating rendah untuk kek batiknya.
Wawa yang melihat Hayla menangis mengakui perkara itu meruntun hatinya sebagai ibu kerana tidak kuat apabila anaknya dihencap warganet.
Sabarlah jangan menangis sayang. Mama (Wawa) pun sebenarnya tahan air mata je. Biasa mama kuat tapi bab anak ni mama tewas.
Mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu.
Perkongsian video itu kemudiannya menjadi tular…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: