Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pandemik lonjak jualan Hana Medic sehingga 500 peratus

today13 June 2022

Background


PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 yang banyak memberi impak besar kepada perkembangan ekonomi negara sebenarnya telah memberi ‘rahmat’ kepada pelbagai syarikat tidak kira bersaiz besar atau kecil yang terlibat dalam industri kesihatan.

Hana Medic Sdn. Bhd. (Hana Medic) adalah salah satu pemain penting yang membekalkan segala produk berkaitan disinfeksi untuk kategori komersial dan juga tahap tinggi yang digunakan di bilik bedah atau peralatan teknologi tinggi di hospital di seluruh negara.

Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 2006 itu diasas dan dibangunkan oleh Prof. Dr. Norayati Abd. Majid yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kawalan penyakit berjangkit serta beliau pernah terlibat sebagai salah seorang barisan hadapan ketika negara di ancam wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003.

Berdasarkan pengalaman tersebut, beliau telah menjalankan satu kajian menyeluruh untuk menghasilkan produk sulungnya iaitu sanitasi tangan alkohol berstatus halal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post