Site icon Kool FM

Paris Baguette Malaysia Rugi Sejak Dilancarkan, Berjaya Food Jual Saham RM1

Paris Baguette Malaysia Rugi Sejak Dilancarkan, Berjaya Food Jual Saham RM1


Berjaya Food Bhd telah keluar daripada perniagaan Paris Baguette di Malaysia yang mengalami kerugian, selepas menjual keseluruhan 50% pegangan sahamnya dalam Berjaya Paris Baguette Sdn Bhd (BPB) kepada rakan kongsi usaha samanya — Paris Baguette Singapore Pte Ltd (PBS) — pada harga nominal RM1.

Menurut makluman Berjaya Food kepada Bursa Malaysia pada hari Rabu, pelupusan yang selesai pada 30 Jun itu menyaksikan PBS, selaku pemegang francais, mengambil alih pemilikan penuh BPB yang mengendalikan rangkaian bakeri Paris Baguette di Malaysia sejak Januari 2023, petik The Edge Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada transaksi, Berjaya Food dikehendaki menyelesaikan liabiliti (hutang) BPB berjumlah RM3.91 juta. Ini termasuklah obligasi sewa beli kepada Prime Credit Leasing Bhd (anak syarikat syarikat induk utamanya, Berjaya Corporation Bhd) serta komitmen pembayaran yang lain. Semua liabiliti ini telah pun diselesaikan sepenuhnya pada tarikh pelupusan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: