Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Paris Baguette Malaysia Rugi Sejak Dilancarkan, Berjaya Food Jual Saham RM1

today2 July 2026

Background
Paris Baguette Malaysia Rugi Sejak Dilancarkan, Berjaya Food Jual Saham RM1


Berjaya Food Bhd telah keluar daripada perniagaan Paris Baguette di Malaysia yang mengalami kerugian, selepas menjual keseluruhan 50% pegangan sahamnya dalam Berjaya Paris Baguette Sdn Bhd (BPB) kepada rakan kongsi usaha samanya — Paris Baguette Singapore Pte Ltd (PBS) — pada harga nominal RM1.

Menurut makluman Berjaya Food kepada Bursa Malaysia pada hari Rabu, pelupusan yang selesai pada 30 Jun itu menyaksikan PBS, selaku pemegang francais, mengambil alih pemilikan penuh BPB yang mengendalikan rangkaian bakeri Paris Baguette di Malaysia sejak Januari 2023, petik The Edge Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada transaksi, Berjaya Food dikehendaki menyelesaikan liabiliti (hutang) BPB berjumlah RM3.91 juta. Ini termasuklah obligasi sewa beli kepada Prime Credit Leasing Bhd (anak syarikat syarikat induk utamanya, Berjaya Corporation Bhd) serta komitmen pembayaran yang lain. Semua liabiliti ini telah pun diselesaikan sepenuhnya pada tarikh pelupusan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Pulisic kembali beraksi

Santa Clara: Kapten Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Bosnia, pagi ini.

today2 July 2026