PETALING JAYA – Paya Bunga Hotel (PB Hotel) Terengganu sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila dipilih oleh International Travel Award sebagai pemenang bagi kategori “Best City Hotel”.
Penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di Waldorf Astoria Palm, Jumeirah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 Jun lalu.
Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, pihaknya yakin anugerah itu juga merupakan antara faktor para pelanggan menjadikan hotel tersebut sebagai destinasi pilihan penginapan utama apabila bercuti serta berkunjung ke Kuala Terengganu.
“Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada PB Hotel hingga mencapai ke tahap ini.
“Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat warga kerja PB Hotel untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan dan komitmen yang terbaik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: