Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pearly-Thinaah Cipta Sejarah Ke Separuh Akhir

today1 August 2024

Background


Pearly Tan-M. Thinaah melakar sejarah tersendiri apabila dengan penuh bergaya melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024 Paris sebentar tadi.

Detik penuh bersejarah itu hadir selepas mereka berjaya mengenepikan cabaran pasangan ranking ke-10 dunia, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.

Ia sekali gus menjadikan mereka sebagai pasangan beregu wanita pertama negara yang akan mengecapi nikmat beraksi di pentas separuh akhir sekali gus meneruskan impian bagi memburu pingat emas temasya paling berprestij itu.

Mempamerkan aksi cemerlang ketika di peringkat kumpulan, Pearly dan Thinaah jelas berada di mood terbaik untuk meneruskan konsistensi mereka setelah mendahului 11-5.

Prestasi baik anak buah Rexy Mainaky dan Hoon Thien How itu berterusan dengan kemenangan set pertama 21-12 yang dicatatkan dalam tempoh masa 17 minit.

Pasangan Korea itu cuba untuk memberikan tentangan lebih sengit pada set kedua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post