
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan bahawa opsyen bagi pencarum yang memilih untuk dikecualikan (opt-out) daripada Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) akan mula disediakan secara dalam talian menjelang Isnin ini.
Langkah ini diambil susulan keputusan Jemaah Menteri dan arahan daripada Menteri Sumber Manusia (KESUMA) untuk mengubah dasar skim berkenaan.
Melalui ketetapan baharu ini, pelaksanaan LINDUNG 24 Jam kini bertukar menjadi pilihan (optional) kepada pekerja tempatan, manakala status mandatori bagi pekerja asing tetap dikekalkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, menyatakan bahawa walaupun terdapat perubahan dasar, beliau amat menggalakkan pekerja tempatan di Malaysia untuk terus mencarum.
Menurut beliau, kadar caruman skim ini adalah sangat kecil berbanding premium perlindungan swasta di pasaran dan ia berfungsi sebagai sandaran utama bagi penggantian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
