Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja Tempatan Boleh Pilih Opsyen ‘Opt-Out’ LINDUNG 24 Jam

today10 July 2026

Background
Hacker Godam PERKESO, Tiriskan Butiran Orang Ramai Ke Atas Talian


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan bahawa opsyen bagi pencarum yang memilih untuk dikecualikan (opt-out) daripada Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) akan mula disediakan secara dalam talian menjelang Isnin ini.

Langkah ini diambil susulan keputusan Jemaah Menteri dan arahan daripada Menteri Sumber Manusia (KESUMA) untuk mengubah dasar skim berkenaan.

Melalui ketetapan baharu ini, pelaksanaan LINDUNG 24 Jam kini bertukar menjadi pilihan (optional) kepada pekerja tempatan, manakala status mandatori bagi pekerja asing tetap dikekalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, menyatakan bahawa walaupun terdapat perubahan dasar, beliau amat menggalakkan pekerja tempatan di Malaysia untuk terus mencarum.

Menurut beliau, kadar caruman skim ini adalah sangat kecil berbanding premium perlindungan swasta di pasaran dan ia berfungsi sebagai sandaran utama bagi penggantian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post