
IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini (semalam) dimaklumkan bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tidak digilis oleh kenderaan dipandu pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak seperti yang didakwa oleh beberapa saksi.
Peguam M Athimulan berkata, teori bahawa pelajar Tingkatan Lima itu “digilis” bercanggah dengan bukti forensik dan perubatan secara objektif.
Beliau berkata, pakar patologi forensik telah mengesahkan bahawa kecederaan mangsa tidak konsisten dengan keadaan seseorang yang digilis kenderaan kerana tiada tulang remuk, organ hancur atau kesan tayar pada badan atau pakaian si mati.
“Yang Arif, kami dengan hormatnya berhujah bahawa bukti perubatan ini adalah fakta saintifik dan objektif serta tidak terdedah kepada kelemahan persepsi manusia. Ia secara langsung menyangkal dakwaan saksi.
“Pihak kami berhujah bahawa sekiranya keterangan saksi bercanggah dengan bukti yang dikemukakan oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: