Pelakon Dwan Hamid, nekad mahu memecahkan rekod untuk tidur bersama 150 ekor ular selamat 14 hari di dalam akuarium besar.
Dwan Hamid sinonim dengan gelaran selebriti ular Malaysia. Dia sedar akan risiko yang mengancam nyawa. Namun dia sedia mengambil risiko itu demi untuk mencapai impiannya yang sudah sekian lama dipendamkannya.
Dwan Hamid menyatakan bahawa dia sudah terlibat dalam pertunjukan ular secara serius selama 15 tahun. Dia sudah berjinak jinak dengan ular sejak usia kanak kanak lagi.
Dwan memberitahu Media Hiburan: “Saya tak rasa haiwan itu sebagai musuh atau perlu takut, ular juga makhluk Allah yang patut kita sayangi, cuma kenalah berhati-hati.
“Sepanjang tempoh itu, saya banyak ikut sifu saya iaitu Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.”
Di sebalik semua pengalaman pahit dan manis, Dwan Hamid menyatakan sudah tiba masanya untuk dia mencipta rekod atas namanya sendiri. Dia mahu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: