Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelanggan ‘Play Victim’ Lepas Kantoi Tipu Kata Dah Bayar Guna QR Pada Peniaga

today12 August 2024

Background


Menerusi video tersebut, kejadian tersebut berlaku semasa dia berniaga di sebuah pasar malam selepas peniaga berkenaan kerugian kira-kira RM85.

Difahamkan, pelanggan itu konon ada memberitahu telah membuat pembayaran menggunakan kaedah QR Pay.

Namun, peniaga berkenaan memberitahu duit tersebut tidak memasuki akaunnya dan dia tidak dibenarkan mengambil bungkusan makanan tersebut.

“Dia kata dia bayar guna QR, saya cakap boleh. Ketika itu pelanggan sedang ramai, dia tunjuk telefon bimbit kepada saya dan memaklumkan sudah bayar.

“Tapi saya perasan di bahagian bawah tertera perkataan ‘Pay’ bermakna dia belum tekan. Lepas itu di telefon saya tidak ada bunyi tanda dah masuk.

“Selepas itu dia tiba-tiba menjerit apabila saya kata duit belum masuk. Dia macam ‘play victim’ bila dah kantoi, lepas itu dia baling makanan tu atas meja jualan dengan pelanggan tengah ramai,”katanya.

Situasi mula menjadi tegang selepas peniaga berkenaan mula merasa marah dengan tindakan pelanggan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post