PETALING JAYA – Terdapat seramai 462,100 penganggur aktif di negara ini pada Ogos lalu, iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, lapor Jabatan Perangkaan semalam.
Menurutnya, penganggur aktif merangkumi 80 peratus daripada jumlah penganggur pada Ogos 2023 yang direkodkan berjumlah 577,300 orang, dengan kadar pengangguran 3.4 peratus.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.4 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun mencatatkan 6.2 peratus.
“Sementara itu, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia, atau penganggur tidak aktif merekodkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus kepada 115,200 orang pada Ogos lalu (Julai 2023: 114,500 orang),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd. Uzir menambah, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun terus menurun sebanyak 0.1…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
