Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Penganggur ramai, kerja sedikit – Kosmo Digital

today11 October 2023

Background


PETALING JAYA – Terdapat seramai 462,100 penganggur aktif di negara ini pada Ogos lalu, iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, lapor Jabatan Perangkaan semalam.

Menurutnya, penganggur aktif merangkumi 80 peratus daripada jumlah penganggur pada Ogos 2023 yang direkodkan berjumlah 577,300 orang, dengan kadar pe­ngangguran 3.4 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.4 peratus, manakala mereka yang berada dalam pe­ngangguran jangka panjang melebihi setahun mencatatkan 6.2 peratus.

“Sementara itu, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia, atau penganggur tidak aktif merekodkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus kepada 115,200 orang pada Ogos lalu (Julai 2023: 114,500 orang),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Uzir menambah, kadar pengangguran bagi belia ber­umur 15 hingga 24 tahun terus menurun sebanyak 0.1…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Luar Negara

Tiga wilayah di Indonesia perlu waspada risiko kebakaran hutan

Jakarta: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pada Selasa memberi amaran kepada penduduk di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Nusa Tenggara Timur mengenai risiko kebakaran hutan baharu, lapor Agensi Berita Antara. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 October 2023