
Penganjur Sukan Asia di Nagoya berdepan kecaman selepas tersilap memainkan lagu kebangsaan Korea Utara ketika pasukan hoki lelaki Korea Selatan bersedia untuk perlawanan menentang Bangladesh pada Jumaat.
Insiden itu berlaku sebelum perlawanan bermula. Para pemain Korea Selatan yang sudah berbaris untuk mendengar lagu kebangsaan mereka kelihatan terpinga pinga apabila lagu milik Korea Utara dimainkan di stadium.
Penganjur kemudian memainkan lagu kebangsaan Bangladesh sebelum lagu Korea Selatan dimainkan.
Menurut laporan Yonhap, keadaan menjadi lebih janggal apabila pengadil mengarahkan kedua dua pasukan untuk bersalaman dan bersedia memulakan perlawanan walaupun lagu kebangsaan Korea Selatan masih dimainkan.
Seorang pengumum stadium kemudian memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Ketua jurulatih Korea Selatan, Min Tae seok, bagaimanapun menganggap kesilapan itu sebagai perkara serius.
Katanya, pihak Korea Selatan sudah membuat bantahan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: