Satu kemalangan maut telah dilaporkan berlaku di Jalan Yahya Aldatar, Johor Bahru, pada Sabtu lalu, membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam.
Menurut laporan Majoriti, kejadian yang mengejutkan itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi.
Menurut rakaman tersebut, kereta yang pada awalnya dipandu di lorong kanan, secara tiba-tiba membelok ke arah susur keluar kiri jalan yang terdiri daripada empat lorong.
Pada masa yang sama, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mangsa dilihat bergerak dari arah kiri lorong dan tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan kereta tersebut.
Penunggang motosikal itu, yang dipercayai maut di tempat kejadian, dilihat terpelanting ke tepi jalan selepas berlanggar dengan kereta Perodua Viva.
Dalam maklumat awal yang diperolehi, kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut didakwa melarikan diri dari lokasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: