Selalunya ibu hamil akan melihat wajah individu yang disukainya, terutama sekali yang cantik atau kacak supaya wajah anak yang dikandung akan ‘terkenan’. Namun, tidak seperti ibu ini apabila tular di laman media sosial wajah anaknya yang berusia 8 bulan persis Tengku Hassanal, Tengku Mahkota Pahang walaupun semasa hamil tidak menatap wajah Tengku!
Mungkin benar kata orang bahawa dalam dunia ini, setiap individu mempunyai 7 orang pelanduk dua serupa…
Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!
BAYI WAJAH PERSIS TENGKU HASSANAL, TENGKU MAHKOTA PAHANG

Wajah Muhammad Arshaka bersama ibu dan ayahnya.
Tular di laman media sosial apabila seorang bayi berusia 8 bulan ‘dilabel’ wajahnya mirip seperti putera yang digilai ramai iaitu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang.
Bayi bernama Muhammad Arshaka Idraki Azizi sudah mengecap populariti di laman sosial dan persamaan wajah itu disedari warganet…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: