Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PETRONAS Jamin Bekalan Bahan Api Di Stesen Minyak Cukup Hingga Akhir Jun

today15 April 2026

Background
PETRONAS Jamin Bekalan Bahan Api Di Stesen Minyak Cukup Hingga Akhir Jun


Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di stesen-stesen minyak terjamin sehingga akhir Jun ini.

Perkara dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

PETRONAS terus menguruskan rantaian bekalan secara aktif bagi memastikan stok yang mencukupi di seluruh rangkaian stesennya di tengah-tengah krisis tenaga global semasa yang berpunca daripada konflik Asia Barat,” kata syarikat itu.

Menurutnya lagi, PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara melalui anak syarikatnya yang tersenarai di bursa awam, PETRONAS Dagangan Berhad.

Sementara baki selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.

PETRONAS menegaskan semula komitmennya dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.

Pada masa sama orang ramai digalakkan untuk membeli bahan api secara berhemah mengikut keperluan harian masing-masing, serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post