Pengorbanan yang cukup besar telah dilakukan oleh Khalid Abdul Samad selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard Stephen Samuel dalam usaha mereka menyelesaikan masalah tunggakan gaji kelab tersebut.
Artikel Berkaitan:
Enggan mengambil sikap lepas tangan membiarkan para pemain terus berada dalam keadaan tertekan tanpa menerima gaji, dua individu penting itu difahamkan telah membuat pinjaman peribadi bernilai ratusan ribu ringgit.
Pendedahan itu dibuat Khalid dalam satu sidang media khas yang diadakan pagi tadi di Tingkat 1 Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Dengan suntikan sumber kewangan yang tidak menentu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan tersebut turut menjelaskan bahawa tunggakan gaji akan diselesaikan dengan kaedah pembayaran peringkat demi peringkat.
“Saya ambil pinjaman peribadi dalam RM300,000, saya rasa Stanley pun lebih kurang begitu juga. Kita anggap pinjaman yang dilakukan ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: