Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rakyat Indonesia Puji Malaysia Susulan Jumlah Kenderaan Lebih Banyak Dari Rakyat

today27 May 2025

Background


Memiliki kenderaan di Indonesia merupakan suatu cita-cita yang besar kerana bakal menelan kos yang besar dari segi harga kenderaan itu sendiri ditambah pula dengan pelbagai jenis cukai yang tinggi.

Oleh itu, sesiapa mempunyai kenderaan di sana dikira sebagai orang yang berduit. Bagaimapun, pemandangan landskap ini dilihat berbeza di Malaysia apabila hampir setiap isi rumah mempunyai paling kurang satu kenderaan peribadi.

Hal ini menjadi perbualan hangat di Facebook apabila sebuah pages memuat naik fakta menarik bahawa Malaysia telah memecah rekod di mana jumlah kenderaan berdaftar di dalam negara mencecah 36 juta unit.

Angka yang cukup besar ini malahan telah mengatasi jumlah populasi manusia di negara ini yang mana hanya sekitar 32 juta orang sahaja.

Fenomena ini dipercayai boleh berlaku susulan infrastruktur pengangkutan awam yang terhad sekaligus setiap individu perlu mendapatkan kenderaan untuk bergerak ke sesebuah lokasi dengan lebih mudah.

Indonesia

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

PU Syed tegur Sharifah Aleya, hukum tindik hidung haram

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau PU Syed menegur tindakan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya yang terbuka berkongsi mengenai tindik hidung yang jelas sekali tindakan haram di sisi agama Islam. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 May 2025