Sebenarnya banyak carian di Google tentang bayi berusia 3 bulan berkaitan perkembangn fizikal seperti bahagian leher, lengan, tangan, kaki, mata dan banyak lagi anggota badan yang lain.
Waktu itu, mulalah si ibu sentiasa memerhati perubahan fizikal si kecil dari segi berat, ketinggian dan selera makan.
Tapi, lain pula penelitian angkawasan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor terhadap anak kembarnya yang baru saja berusia lebih kurang tiga bulan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
View this post on Instagram
Apa yang menarik perhatian kami adalah beliau mengajar kedua anak kembarnya berusia 3 bulan itu abjad, nombor, objek dan juga jenis-jenis buah.
Menurutnya menerusi posting Instagram miliknya, tindakan ini tidak terlalu cepat dan tidak terlalu awal. Paling penting pastikan lakukan setiap kategori pada setiap hari dengan membaca jelas dan sempurna.
“Tindakan ini bukan untuk menguji minda si kecil tapi untuk menanam perkataan, nombor dan objek dalam kepala mereka. Sebaiknya lakukan selepas mereka kekenyangan jadi mereka lebih fokus” terangnya.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ada yang bertanyakan pada Dr. Sheikh, sepatutnya aktiviti ini berapa kali sehari yang perlu dilakukan untuk bayi berusia tiga bulan? Katanya, tiga kali sehari.
Ada juga yang mengatakan mungkin ada segelintir ibu bapa akan mengecam tindakan ini tapi apa yang Dr Sheikh jawab adalah….

Semoga perkongsian beliau dapat mengubah cara didikan anak yang membesar dalam generasi millennial ini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia
Sheikh Eusoff & Sophea Emelia Pilihan Nama Baby Baru Dr. Sheikh Muszaphar Dan Isteri
Sumber: instagram
Post comments (0)