Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

RM16.6 juta bina pusat 3S Ford Pulau Pinang

today6 December 2022

Background


PETALING JAYA – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah melabur sehingga RM16.6 juta untuk membangunkan pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang sebagai usaha mengu­kuhkan prospek jenamanya di kawasan utara.

Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap itu juga akan meme­nuhi keperluan serta menambah baik pengalaman para pelanggannya.

“Pusat yang meliputi kawasan seluas 45,000 kaki persegi itu, akan dilengkapi dengan 18 ruang servis dan kapasiti untuk mempamerkan sehingga enam buah kenderaan.

“Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 ini terletak di Jalan Baru di Seberang Prai yang akan memudahkan kunjungan.

“Melalui projek tersebut, pe­langgan akan dapat menikmati kemudahan terkini di Pusat 3S Ford yang dibina sepenuhnya sejajar dengan piawaian global Ford,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pecah tanah projek tersebut yang diadakan di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Senai Airport jual tanah RM23.3 juta

Senai Airport City Sdn. Bhd., anak syarikat MMC Corporation Berhad dan Fiffy Sdn. Bhd. telah menyempurnakan perjanjian jual beli untuk melupuskan sebidang tanah perindustrian di Senai Airport City (SAC) berkeluasan kira-kira 3.9 hektar bernilai RM23.3 juta.

today6 December 2022