Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rosak Otak Akibat Pembedahan, Bekas CEO Prolintas Terima Pampasan RM5.1 Juta

today7 June 2024

Background


Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya diperintah Mahkamah Tinggi di sini membayar RM5.1 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), Datuk Zainudin A Kadir selepas mengalami ‘brain damage’ akibat pembedahan hidung di hospital swasta berkenaan.

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab sebagai isteri dan pentadbir harta Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan Covid-19.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin berkata, ia susulan Nor Rizam sebagai plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa pusat itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Dalam keputusan yang dimuatnaik sistem kehakiman pada Rabu lalu, Mohd Arief Emran juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin itu.

“Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

Skuad memanah raih emas Piala Asia

Kuala Lumpur: Skuad memanah lelaki negara mencipta sensasi tersendiri apabila mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024 - Kejohanan Ranking Dunia Peringkat III di Suwon, Korea Selatan hari ini.

today7 June 2024