Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Saga, X70 dipasang di Pakistan

today28 October 2021

Background


PETALING JAYA – Kenderaan Proton Saga telah berjaya dihasilkan di kilang pengeluaran terbaharu Al’Haj Automotive di Karachi, Pakistan.

Kilang yang bernilai AS$20 juta (RM83 juta) itu memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Hilal Khan Alfridi berkata, kejayaan pemasangan Proton Saga di Pakistan merupakan ke­muncak daripada hasil kerja keras dan penat lelah syarikatnya beserta Proton dan juga pembekal.

“Berdepan dengan segala ke­sukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami terus berusaha untuk membina kilang baharu dan berkeyakinan untuk mencatat piawaian industri baharu.

“Inisiatif ini akan membo­lehkan syarikat memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh Proton,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran kilang oleh Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi baru-baru ini.

Al-Haj Automotive adalah pengedar eksklusif Proton di Pakistan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

KFC perkenal menu unik Burger P. Ramlee

PETALING JAYA – KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Menurut kenyataan, menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada ­bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy. Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat […]

today28 October 2021