PETALING JAYA – Kenderaan Proton Saga telah berjaya dihasilkan di kilang pengeluaran terbaharu Al’Haj Automotive di Karachi, Pakistan.
Kilang yang bernilai AS$20 juta (RM83 juta) itu memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hilal Khan Alfridi berkata, kejayaan pemasangan Proton Saga di Pakistan merupakan kemuncak daripada hasil kerja keras dan penat lelah syarikatnya beserta Proton dan juga pembekal.
“Berdepan dengan segala kesukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami terus berusaha untuk membina kilang baharu dan berkeyakinan untuk mencatat piawaian industri baharu.
“Inisiatif ini akan membolehkan syarikat memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh Proton,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran kilang oleh Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi baru-baru ini.
Al-Haj Automotive adalah pengedar eksklusif Proton di Pakistan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: