Menurut Harian Metro, sindiket ‘Ejen Insurans’ ini akan mencari dan mengenal pasti pencarum yang dianggap hidup sebatang kara bagi membuat caruman tanpa pengetahuan mangsa sebelum membunuh pencarum itu bagi membuat tuntutan insurans nyawa berjumlah RM500,000.
Ia adalah modus operandi baharu dilakukan sekumpulan sindiket menggunakan taktik caruman insurans yang pertama kali dikenal pasti polis beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil siasatan lanjut terhadap laporan awal berhubung satu kemalangan maut yang berlaku di lokasi itu membongkar kegiatan sebenar sindiket berkenaan.
“Mangsa yang dilanggar sebuah lori pada hari kejadian sebenarnya terlebih dahulu dihimpit dan dilanggar oleh sekumpulan suspek menggunakan dua kereta dan sebuah motosikal sebelum kemudian dipukul kerana tidak meninggal dunia.
“Kemudian, dalam keadaan tidak bermaya, kebetulan lalu sebuah lori di lokasi kejadian terlanggar mangsa sebelum mangsa disahkan meninggal dunia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: