Tidak semua orang beruntung mempunyai kehidupan serba ada. Ada yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sehinggakan tidak dapat menyediakan kelengkapan diri dan keluarga secara menyeluruh. Setiap keluarga yang menghadapi masalah kesempitan wang bukan sahaja bergelut untuk sediakan makanan di atas meja makan namun mereka juga turut sama menghadapi cabaran menyediakan barangan peribadi untuk isteri dan anak perempuan mereka. Barangan peribadi tersebut ialah seperti baju dalam, seluar dalam dan tuala wanita. Walaupun ia nampak remah tapi ia sangat penting.
Menerusi perkongsian gambar baju dalam berwarna merah di Facebook Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, dia telah terpanggil untuk melakukan satu misi dan telah mengajak golongan wanita untuk menjadi sukarelawan dalam membantunya bersama-sama menjayakan projek pakaian dalam wanita dan tuala wanita.
Tegasnya, Uncle Kentang meminta golongan wanita yangmenjadi sukarela untuk membantunya dalam projeknya itu menjaga mulut supaya tidak membuka aib mana-mana wanita atau anak gadis yang dibantu. Jelas Uncle Kentang menekankan bahawa jika kita menjaga aib seseorang, Tuhan akan menjaga aib kita malah ganjaran terbesar dan nikmatnya ialah kepuasan membantu mereka yang memerlukan.
LADY VOLUNTEERS NEEDED IN PUCHONG.
Saya perlu sukarelawan wanita/ ladies volunteers di Puchong yang berani pamerkan…
Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, 19 December 2020
Tambahnya dalam perkongsian itu juga, Uncle Kentang turut memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memberi anak gadis memakai pakaian dalam yang elok dan tuala wanita. Hal ini kerana dengan ini akan membuatkan anak gadis menjadi lebih yakin dengan diri dan bakal menjadi seorang yang unggul di masa hadapan. Jika tiada keyakinan dalam diri seorang anak gadis yang sedang matang, ia sangat rugi.
Sebagai seorang masyarakat yang prihatin, janganlah kita mengambil ringan tentang isu ini kerana anak-anak muda ini bakal membimbing masa depan. Bersamalah kita saling membantu untuk membentuj kehidupan dan pemikiran mereka ke arah yang lebih positif!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Uncle Kentang Kembali Bantu 5 Sekeluarga Tidur Di R&R
The Thursday Show : Disebalik Kehidupan Uncle Kentang
Sumber: Facebook Uncle Kentang
Post comments (0)