Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Sebab Utama Bantuan Di Semporna Ustaz Ebit Lew Dihentikan

today3 February 2021

Background

Kecoh di media sosial selepas pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terpaksa menangguhkan misi-misi bantuan termasuk membina sekolah untuk orang Bajau Laut di pulau-pulau berdekatan perairan Semporna, Sabah. Menurutnya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya atas sebab-sebab tertentu dan boleh berdepan hukuman sekiranya melanggar arahan tersebut.

Kini, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya kenapakah beliau harus menghentikan misi mulia itu sedangkan niatnya hanya untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk-penduduk di sana yang memerlukan bantuan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali telah memberi penjelasan berikut ramai warganet seakan marah apabila Ustaz Ebit Lew terpaksa menghentikan bantuan seperti barangan keperluan harian, pakaian, duit, membina sekolah dan sebagainya. Menurut Datuk Hazani, semua ini adalah kerana isu keselamatan Ustaz Ebit Lew.

Image may contain: one or more people, ocean, sky, outdoor, water and nature

Ustaz Ebit Lew dikategorikan sebagai seorang Very Very Important Person (VVIP) yang bukan sahaja dikenali ramai malahan mempunyai pengaruh yang sangat besar. Keselamatannya di sana membimbangkan pihak polis apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi pulau-pulau dan perkampungan sebelum ketahui status penduduk di situ.

Untuk pengetahuan anda, lokasi pulau-pulau yang terletak di perairan Semporna sebenarnya merupakan kawasan ‘Redzone’, berbahaya dan berisiko tinggi yang terletak di bawah Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). Ada beberapa tempat yang dikunjungi Ustaz Ebit Lew berisiko tinggi dan kebarangkalian sesuatu yang tidak diinginkan boleh berlaku sekiranya ada yang terleka.

Walaupun, ada yang sentiasa mengiringi Ustaz Ebit Lew seperti APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan 69 Komando, PGA dan Angkatan Tentera Malaysia namun apa sahaja perkara ‘di luar jangkaan’ mungkin boleh berlaku. Ramai penduduk Sabah sendiri mengakui mereka takut untuk ke kawasan seperti perairan Semporna kerana khuatirkan keselamatan mereka.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan menghentikan sementara segala misi-misi bantuan ini demi kebaikan semua. Rata-rata masyarakat di sana adalah bukan berstatus warganegara malah majoriti mereka juga tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

Usaha keras Ustaz Ebit Lew amatlah dihargai dan kami di Kool FM berharap semoga impian beliau untuk membantu mereka di sana akan dapat diusahakan dan diteruskan di masa akan datang.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Didenda Rm100 Ribu Atau Dipenjara 3 Tahun! Ebit Lew Tidak Dibenarkan Bantu Penduduk Di Pulau Semporna Lagi

“Satu Kampung Peluk Islam, Tanpa Paksaan..” Ustaz Ebit Lew Ajar 157 Orang Mengucap Syahadah

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post

Saddil Ramdani

Sukan

Sabah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Saddil Ramdani Dan Levy Madinda

Pasukan Sabah dilaporkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan dua pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Menurut perkongsian wartawan The Stars, T.Avineshwaran, dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani serta pemain tengah skuad kebangsaan Gabon, Levy Madinda. Sabah is closing in on an Indonesian winger, European centreback, African midfielder and South American striker. I believe they will seal Saddil Ramdani and Levy... Klik untuk […]

today3 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *