Kool FM

Sentuhan Kasih Dalam Setiap Hidangan, Projek Titipan Kasih & Kimball Bersatu Hargai Perwira Negara


Tugas menjaga keselamatan dan kedaulatan negara bukanlah sesuatu yang mudah. Di sebalik uniform dan tanggungjawab besar yang digalas setiap hari, ada pengorbanan yang jarang dilihat, tetapi sentiasa dirasai.

Atas dasar itu, satu inisiatif penuh makna telah digerakkan bagi menghargai jasa wira barisan hadapan menerusi cara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia iaitu makanan.

Rewang meriah, penuh semangat kebersamaan

Melalui Program Berkat Perwira, Projek Titipan Kasih Harian Metro menjalinkan kerjasama bersama jenama pasta dan sos pasta pilihan rakyat Malaysia, Kimball, dalam sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lain daripada kebiasaan.

Bukan sekadar menyumbang, program ini menghidupkan kembali budaya gotong-royong dan rewang yang semakin jarang dilihat.

Seawal jam 8 pagi, suasana di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya mula bertukar meriah apabila sukarelawan Harian Metro, kakitangan Kimball dan anggota bomba bersama-sama turun padang menyediakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version