Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sheraton Kota Kinabalu sasar kadar penginapan 70 peratus

today30 July 2026

Background


KUALA LUMPUR – Sheraton Kota Kinabalu (Sheraton KK) yang baru dibuka secara rasmi pada akhir Disember tahun lalu mengunjurkan kadar penginapan sekitar 60 hingga 70 peratus disokong oleh perkembangan yang baik dalam industri pelancongan di Sabah yang dipacu oleh segmen korporat dan juga percutian keluarga.

Pengurus Besarnya, Nauman Hassan berkata, daripada aspek pasaran utama hotel tersebut menerima tetamu daripada pasaran domestik manakala bakinya daripada pasaran antarabangsa seperti Korea Selatan, China dan Singapura.

Menurut beliau, Kota Kinabalu kini menjadi antara destinasi unik yang diminati pelancong asing dan tempatan kerana ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, warisan budaya yang pelbagai dan reputasinya sebagai destinasi makanan laut segar yang menawarkan pengalaman gastronomi unik kepada para pengunjung.

“Melalui lokasi hotel di kawasan yang strategik, kemudahan bertaraf antarabangsa dan kekuatan jenama Sheraton, Sheraton Kota Kinabalu mampu menarik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post