Sheraton Kota Kinabalu sasar kadar penginapan 70 peratus
Sheraton Kota Kinabalu (Sheraton KK) yang baru dibuka secara rasmi pada akhir Disember tahun lalu mengunjurkan kadar penginapan sekitar 60 hingga 70 peratus disokong oleh perkembangan yang baik dalam industri pelancongan di Sabah yang dipacu oleh segmen korporat dan juga percutian keluarga.