PETALING JAYA – ShopeePay menerusi inisiatif #ShopeeGivesBack terus menyokong golongan peniaga mikro daripada kumpulan B40 menerusi penajaan gerai mudah alih dan sokongan perniagaan bersesuaian.
Gerai tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan.
Majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu bulan lalu yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selain sumbangan kerajaan negeri Terengganu.
ShopeePay dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi membantu pendigitalan peniaga terlibat dengan membolehkan penerimaan transaksi tanpa tunai melalui dompet mudah alihnya, selain penyediaan insentif khas.
“Ini termasuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
