Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

ShopeePay pacu pemulihan peniaga B40

today9 November 2021

Background


PETALING JAYA – ShopeePay menerusi inisiatif #Sho­peeGivesBack terus menyokong golongan peniaga mikro daripada kumpulan B40 menerusi penajaan gerai mudah alih dan sokongan perniagaan bersesuaian.

Gerai tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu bulan lalu yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, selain sumbangan kerajaan negeri Terengganu.

ShopeePay dalam satu kenya­taan berkata, pihaknya akan terus berusaha bagi membantu pendigitalan peniaga terlibat dengan membolehkan penerimaan transaksi tanpa tunai melalui dompet mudah alihnya, selain penyediaan insentif khas.

“Ini termasuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Guardian bawa jenama popular, trend kecantikan global

PETALING JAYA – Sesuai de­ngan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi menganjurkan ­ekstravaganza Beauty Around The World (BATW) yang menampilkan trend terkini daripada 60 jenama terkemuka global termasuk di Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, dan Taiwan. Lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen yang berlangsung selama sebulan sehingga 23 November ini, dengan berfokuskan tema seperti Timur bertemu Barat, solekan harian semula jadi orang Jepun, Seri […]

today9 November 2021