Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SIL Leather manfaatkan 80 peratus kulit haiwan terbuang

today3 February 2025

Background


TANJUNG MALIM – Memanfaatkan kulit haiwan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, rusa dan kuda menjanjikan prospek perniagaan yang cerah kepada seorang usahawan, Mohd. Ismail Yumar, 50.

Beroperasi selama lebih 20 tahun, kilang proses kulit yang diasaskannya pada 1998 iaitu SIL Leather Malaysia Sdn. Bhd. (SIL Leather) di Kota Malim Prima di sini, telah memproses ribuan kulit untuk dijadikan produk akhir bermutu tinggi seperti dompet, tali pinggang, sejadah, baju, ka­sut, sarung alatan tajam seperti parang, golok dan pisau.

Menurut Ismail, ibarat ran­taian ekosistem yang saling ­menyokong antara satu sama lain, bekalan kulit haiwan-haiwan tersebut diperoleh daripada penternak sekitar Tanjung Malim.

“Sebenarnya lebih 80 peratus kulit haiwan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, rusa dan kuda dibuang begitu sahaja selepas disembelih kerana ramai yang tidak tahu mengeksploitasi bahan itu menjadi produk akhir bermutu tinggi.

“Kebiasaannya ia akan ditanam begitu sahaja selain…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Previous post

Ekonomi

Veggie Nature mahu kuasai pasaran sayur organik

Berada dalam rumah hijau yang menanam pelbagai jenis sayuran khususnya salad milik syarikat Veggie Nature dan dibenarkan memetik daun salad untuk dimakan segar tanpa sebarang kebimbangan tentang racun serangga, menjadikan ia perkara yang dinantikan oleh penggemar sayur-sayuran.

today3 February 2025