Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sir Uzairi Kini Sah Milik Aina Adleen

today26 July 2025

Background
Sir Uzairi Sah Bergelar Suami Aina Adleen 


Guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi Taib selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Aina Adleen dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Sporting Cikgu Matematik Ini Curi Tumpuan

Sudah kahwin

Berita gembira itu dikongsikan menerusi siaran langsung yang dilakukan di TikTok sebentar tadi.

Menerusi siaran langsung itu, pemilik nama Uzairi Mohd Taib dilihat mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok dan bersampin.

Sementara itu, Aina mengenakan busana putih manis bertudung duduk di samping ibu dan neneknya di atas pelamin.

Dengan sekali lafaz, Sir Uzairi sah bergelar suami kepada Aina, disertakan mas kahwin sebanyak RM300.

Sir Uzairi merupakan anak saudara kepada pelakon Didie Alias.

Untuk makluman, Sir Uzairi telah mengikat tali pertunangan bersama isterinya pada tahun lalu.

Sumber: TikTok

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post

Sukan

Amaran Aprilia untuk Marquez

Brno: Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola percaya keupayaan sebenar pasukannya akan mula terserlah bermula September dan yakin mereka mampu menewaskan Marc Marquez dalam baki 10 perlumbaan terakhir MotoGP musim ini.

today26 July 2025