Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Artik, Berjaya Kalahkan Pasangan Dari Denmark. Tahniah!

today14 October 2024

Background


Menerusi laporan Sinar Harian, perlawanan sengit di Vantaan Energia Areena itu menunjukkan pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kemenangan itu juga membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan berkenaan.

Gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini pernah menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Hiburan Semasa

KJ tunai janji belanja nasi lemak

Kuala Lumpur: Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, Khairy Jamaluddin, menunaikan janji menjamu nasi lemak kepada pengundi di Restoran Nasi Lemak Saleha, Ampang, di sini, hari ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 October 2024